pagi tadi lawak giler..
pagi tadi family aku bangun awal giler.
ktorang breakfast pukul 6.50 mcm tu..
then aku baru je after solat..
so masuk dapur ah
nak join makan sekali..
alu tengok family aku gelak je..
sambil makan sume tu..
so aku duduk je atas sofa sebelah meja makan.
sebab tak cukup kerusi..
biasa ah, ramai sangat..
baru je aku nak minum seteguk air horlick..
then tetiba adik aku datang and jerit.
"ayah! beruk! ayah! beruk!"
aku and kakak kakak aku marah ah dia.
suka hati je dia panggil ayah aku beruk.
pastu time ktorang marah adik
tetiba nampak beruk kat pintu dapur.
tetiba suasana rumah aku sunyi je.
mata semua memandang je arah beruk yg bajet cute tu.
orang first yang bangun abg ipar aku.
dia tarik kerusi perlahan lahan and cabut lari..
then...
semua orang lari lintang pukang..
masuk bilik and kunci..
tinggal food kat dapur camtu je..
hahaha..
sumpah lawak giler time tu.
kelam kabut nak mati.
then adik aku kena marah
sebab tak explain yg rantai beruk tu putus.
apolah punya jiran..
kesimpulannya sayangilah beruk anda.
hahahaha..
tak tak..
so kite kena berhati hati di dalam rumah..
kerana malang tidak berbau ye
hahahahahaha
k, bye :)
No comments:
Post a Comment